Sejarah Sekolah

SEJARAH PEMBINAAN SEKOLAH


   Cadangan pembinaan Sekolah Menengah Air Hitam Batu 15,Muar bermula sejak tahun 1986.Cadangan ini telah diutarakan oleh penduduk tempatan kepada ADUN kawasan bukit naning pada masa itu iaitu Tuan Haji Hasyim bin Rais.Dengan kerjasama daripada beberapa orang penduduk kampung,cadangan tersebut telah di panjangkan ke pengetahuan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.


   Cadangan pertama telah ditolak dengan alasan tiada pelajar yang akan belajar di sekolah ini.Ini memandangkan bilangan pelajar yang sedikit ketika itu.Tanpa mengenal erti putus asa.mereka telah membuat permohonan tersebut kepada Pejabat Pendidikan Muar,dengan cadangan untuk mendirikan sebuah sekolah asrama desa.Cadangan tersebut juga ditolak dengan alasan yang sama.


   Oleh kerana semua usaha tersebut gagal,akhirnya permohonan untukmembina sekolah menengah ini telah diajukan terus kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada ketika itu,iaitu YAB Datuk Seri Anuar Ibrahim dan permohonan tersebut telah diluluskan pada akhir 1987.


   Kerja-kerja pembinaan Sekolah Menengah Air Hitam telah dimulakan pada tahun 1990 dengan kos pembinaan sebanyak RM 1.2 juta di kawasan seluas 13 hektar.Maka terbinalah dua blok bangunan (3 tingkat) dan sebuah kantin.Terdapat 18 buah kelas ,manakala 5 buah bilik dijadikan sebagai dewan ,3 buah makmal ,sebuah pusat sumber termasuk bilik audio dan visual berukuran 140 kaki.Selain daripada itu terdapat sebuah bilik guru berukuran 60 kaki,sebuah bilik surau ,bilik jahitan dan bilik masakan ,sebuah bilik lukisan dan juga sebuah padang.


   Bangunan Sekolah Menengah Air Hitam Batu 15 telah diserahkan Pejabat Pendidikan Muar pada hari isnin 25 November1991 daripada JKR.Peralatan-peralatan perabot seperti meja,kerusi murid,kantin,makmal dan pejabat serta perpustakaan telah sampai lebih awal dan disimpan di Sekolah Kebangsaan Air Hitam  Bt 15.


   Pada khamis 28 November1991 penduduk sekitar sekolah telah bergotong-royong mengangkut sebahagian daripada perabut dari Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah dengan bantuan lori dari Jabatan Pendidikan Johor.Kerja-kerja mengangkut ini telah diselesaikan oleh pelajar-pelajar semasa minggu orientasi selama seminggu di awal persekolahan.


   Pendaftaran pelajar-pelajar baru telah dijalankan pada sabtu 30 november 1991 dan pada 1 disember 1991 hari persekolahan pertama dimulakan dengan jumlah murid seramai 172 orang dan kakitanganseramai 10 orang.


   Sekolah ini pernah dikunjungi oleh Menteri Besar Johor iaitu Tan Sri Dato' Hji Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin pada 15 September 1994 sewaktu Majlis Perasmian Sekolah.Antara tetamu yang turut hadir ialah;
     
               -YB Pn Hjh Sabariah bte Hj Ahmad
                (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar)


               -YB Tuan Hj Masiran bin Hj Alias
                 (ADUN Bukit Naning)


               -En Abdul Rahim bin Busu Md Noh
                (Pengarah Pendidikan Negeri Johor)


               -Dato' Hj Ayub bin Moin
               (Pegawai Daerah Muar)


               -En Rashidi bin Ramlan
               (Pegawai Pendidikan Daerah Muar)


    Selain  lawatan Menteri Besar ,sekolah ini juga pernah dikunjungi oleh Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Bakri iaitu YB Dato' Chua Jui Meng ,ketika merasmikan Kem Kesihatan pada 24 Ogos 1997.


    Diatas usaha-usaha yang di jalankan oleh PIBG ,kini sekolah menengah air hitam bakal mempunyai sebuah dewan serbaguna yang boleh memuatkan 500 orang .Anggaran perbelanjaan untuk membina dewan ini berjumlah RM341000.Ahli Parlimen bakri telah menyumbangkan RM20000 dan Menteri Besar Johor telah bersetuju memberi peruntukan sebanyak RM130000.Usaha sedang dijalankan untuk mendapatkan baki wang bagi menyiapkan dewan.Dewan ini mula dibina pada 18.11.1998.Sebanyak RM50000 diperlukan untuk mendirikan tapak.Begitu juga dengan PKENJ yang telah bersetuju mambantu.
                         Consultan yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan dewan ini ialah,
                          a)Consultan-En Md Yusof bin Yaakub(Consultan JKR Muar)
                          b)Jurutera   -En Md Yusof bin Yaakub
                          c)Kontrak   -Syarikat Seni Bina Murni


    Batu asas pembinaan dewan ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor iaitu YAB Dato' Abdul Ghani bin Othman pada 21.7.1999.


     Pada tahun 1999 ,Kementerian Pendidikan telah memberi peruntukan untuk membina sebuah Makmal Kemahiran Hidup yang dianggarkan berjumlah RM30000.Bangunan tersebut kini sedang dalam pembinaan.