Pembimbing Rakan Sebaya

PERKHIDMATAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


 PENGENALAN

Pembimbing rakan sebaya merupakan individu yang mempunyai kemahiran-kemahiran dalam bidang kaunseling asas dan komunikasi yang sedia menolong pelajar-pelajar lain meningkatkan perkembangan kendiri,pencapaian akedemik dan membuat keputusan dengan bijaksana.  
 
RASIONAL

Pada tahun 1987 program tersebut telah dimulakan di Sekolah, rasionalnya adalah seperti berikut,  
1.      Permintaan untuk bimbingan dan kaunseling bertambah.
2.      Masalah disiplin dikalangan pelajar. 
3.      Menggunakan pengaruh rakan sebaya untuk mengubah sikap. 
4.      Sebagai tempat untuk pelajar-pelajar meluahkan masalah.

MATLAMAT

1.      Memupuk budaya tolong-menolong dikalangan pelajar. 
2.      Memupuk keyakinan diri dan nilai-nilai murni. 
3.      Membantu mengurangkan masalah-masalah disiplin.  
  
  
  
OBJEKTIF

1.      Menyediakan perkhidmatan sokongan dalam Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
2.      Menyediakan satu pasukan PRS yang terlatih.
3.      Menolong pihak sekolah mengurangkan masalah disiplin.

DASAR PEMILIHAN
  
1-   Sifat peribadi  
2-   Kebolehan lisan 
3-   Kepimpinan 
4-   Umur
5-   Motivasi 
6-   Tanggungjawab  
7-   Kejujuran 
  
   
PERANAN GURU KAUNSELING
  
Dalam konteks program PRS, guru kaunseling berperanan sebagai jurulatih, konsultan, pakar rujuk, pembimbing serta membuat penilaian tentang keberkesanan projek ini dalam mengurangkan masalah-masalah pribadi dan disiplin pelajar  

  PERANAN PRS

1.                  Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2.                  Sebagai khidmat sokongan, anda membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3.                  Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
4.                  Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.


PRINSIP PRS
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal


ETIKA PRS

Sebagai PRS anda perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, laitu:
1.                  .  Amanah dan menyimpan rahsia
2.                  Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
3.                  Memahami batasan dan keupayaan diri
4.                  Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
5.                  Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling
6.                  tentang kes yang boleh merosakkan diri dan/atau orang
7.                  lain.
8.                  Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan
9.                  kaunseling.
10.              Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan
11.              agama.;

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS

1.                  Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin
2.                  dan percaya diri, berasa selesa, dan berempati.
3.                  Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
4.                  Mendengar, menjelas dan membantu rakan
5.                  melihat beberapa altematif sebelum membuat keputusan.
6.                  Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
7.                  Mematuhi elika kerahsiaan.
8.                  Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
9.                  Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
10.              Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar me!alui pengalamannya
11.              Merujuk kes yang berat kepada guru bimbingan dan kaunseling dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk berteinu dengan guru bimbingan dan kaunseling atau orang yang lebih arif
12.              Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
13.              Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu


PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS

1.                  Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang mereka harus lakukan
2.                  Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
3.                  Memberi nasihat atau cadangan penyelesaian untuk diikuti.
4.                  Membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
5.                  Membuka rahsia rakan.
6.                  Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera
7.                  Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis dan/atau masalah emosi yang mendalam.
8.                  Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
9.                  Mengendali masalab rakan yang runcing  sehingga menganggu ketenterainan jiwa.
10.              Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain.
11.              Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.


ETIKA PRS
v       Kerahsian
v       keadaan berisiko, bertanggungjawab memberitahu kaunselor @ pengetua
v       jujur, sekiranya tidak mampu memberikan      pertolongan
v       hak untuk membantu rakan-rakan seberapa yang boleh
v       menerima dengan perasaan terbuka dan  jujur
v       terlibat secara emosi, memutuskan  hubungan menolong dan dirujuk kepada
               kaunselor

PENUTUP
  
Usaha menentukan keberkesanan,program PRS ini biasanya memakan masa yang lama. Kesan-kesannya sukar diukur dalam jangka masa yang pendek,oleh itu,peluang seharusnya diwujudkan untuk program PRS itu berkembang. Dengan adanya program seperti ini, harapan untuk mengurangkan masalah-masalah disiplin serta pribadi para pelajar adalah lebih besar lagi.