Unit Bimbingan Kaunseling SMKBN

PENGENALAN

Unit ini diadakan bertujuan membantu pihak sekolah melaksanakan program-program yang sesuai demi kesejahteraan seluruh warga sekolah.
Di samping itu pihak unit perkhidmatan bimbingan kaunseling sekolah ini menyediakan pelbagai perkhidmatan yang difikirkan dapat membantu para pelajar meningkatkan perkembangan diri ,akademik dan psikososial mereka.
SMK Bukit Naning juga mempunyai ramai guru yang benar-benar komited dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar sama ada dalam bidang akademik mahu pun kokurikulum.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH UNIT BIMBINGAN KAUNSELING

-pengurusan dan pentadbiran
-kaunseling individu dan kelompok
-bimbingan akademik
-bimbingan kerjaya
psikososial
-kesejahteraan mental
-keibubapaan
-pembangunan diri pelajar
-pendidikan pencegahan pelajar
-kemahiran belajar
-kepimpinan

INVENTORI YANG DIGUNAKAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR

#inventori personaliti sidek
#inventori permasalahan pelajar
#inventori persepsi kendiri
#inventori personaliti warna
#inventori pemilihan kerjaya
#inventori pembelajaran
#inventori minat kerjaya
#inventori gaya bercinta

 VISI

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, terapeutik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.

MISI

Dengan penuh rasa bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan, pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat “Madani” melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan, beramanah berteraskan
Falsafah Pendidikan Negara.

FALSAFAH

Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi
yang boleh digembelingkan secara optimum
menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah
berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar
yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani
secara beriman dan beramal soleh.